Cute Pencil -->

[ ilusi ]

Ilusi, mimpi & realiti

Tuesday, January 3, 2012

Saat Magikal saya bersama LipIce





Assalamualaikum & Hello.

Kali ini Waa nak berkongsi ''Saat Magikal saya bersama LipIce".
Begini,
Dulu bibir Waa selalu kering dan merekah. Kadang-kadang sampai berdarah pun ada. Tambahan pula, Waa pakai pendakap gigi yang sememangnya terasa
pedih. Terutamanya ketika cuaca panas terik. Biasa la tu kan, sebab kita kat Malaysia beriklim panas lembap.



Mujurlah,
Waa dicadangkan untuk menggunakan Lipice oleh teman-teman. Mula-mula Waa agak sanggi untuk menggunakannya, tetapi kerana keadaan bibir yang merekah membuatkan Waa tertarik untuk mencuba
Lipice.

Lipice Lip Pot adalah untuk kegunaan malam yang berfungsi menambahkan kelembapan bibir pada waktu malam. Bila bangun dari tidur, bibir akan kelihatan segar dan bertambah lembut. Best kan?



Pelembab bibir lipice didatangkan dalam "Fruity", "Sheer Colour"," Colour Lipbalm" dan "Colour Gloss Fruity".

Dan,
sememangnya Lipice berkesan bagi menghalang bibir merekah akibat kekeringan dan menjadikan bibir menawan serta menjadikan bibir sesegar merah jambu.

Sekarang, inilah Saat Magikal Waa bersama LipIce !
Bibir Waa dah tak merekah akibat kekeringan, malah sihat dan terlindung dari sinar UV. Waa lebih yakin untuk berbicara tanpa perlu bimbang dengan masalah ni lagi dan Waa mencadangkan anda untuk mencuba.