Cute Pencil -->

[ ilusi ]

Ilusi, mimpi & realiti

Monday, September 17, 2012

Ada meoww dekat sini

Assalamualaikum..

Untuk tidak membenarkan blog Waa ni bersawang sesawang laman web sesawang tu, ehhh betul ke ayat aku ni? Lantak lah, malas nak picit button backspace, Waa gagahkan jgk membuat entry baru ni. Terutamanya penggemar, pengila, pencinta dan sewaktu dengannya tentang kucing. Sebab Waa memang suka, cinta & sayang gila babeng kat makhluk ni. Tengok je la aksi2 comel ni. Sumber : copy & paste dari En. Google. Heeeeee :)












Sekian sahaja tahap kecomelan yang dapat dikongsi. 


JANGAN SESEKALI NAK MENDERA BINATANG. KALAU NAK DERA, FIKIR KALAU KITA JADI BINATANG TU, LEPAS TU KITA PULAK KENA DERA. AMACAM?
PEACE !

Friday, August 3, 2012

Sedap jugak ni

Assalamualaikum semuaaaa, entri kali ni Waa nak mengambil kesempatan untuk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada umat Islam yang sudi membaca blog Waa yang cantik kiut miut comelote dan ungkapan-ungkapan yang sewaktu dengannya, heeeeeeee tipu je, tak cantik pun blog Waa ni kalau nak dibandingkan dengan korang semua.. Yang ni tak tipu okeyy =)

Tujuan Waa menulis entri kali ini adalah untuk mempamerkan juadah-juadah yang biasa didapati di bazar-bazar ramadan di Malaysia. Ceeeeewah, macam format karangan BM lah pulak, tak kisah la apa pun hadoi nyee.

Ok, juadah-juadah ni memang selalu sangat kita nampak di bazar ramadan kat Malaysia, kat luar Malaysia tak tau la ada ke tak, hehehehe..












MAAF, SILA KAWAL NAFSU MAKAN ADA JIKA ANDA BERPUASA, JIKA TIDAK ABAIKAN AMARAN INI.



Bazar, bazar jugak, yang penting JANGAN MEMBAZIR ye kawan-kawan. Jangan jadikan bazar ramadhan tu sebagai BAZIR ramadhan. Berpada-padalah ketika berbelanja tu. 

Yang semoleknya, berbuka la dengan kurma dan air kosong dulu, dapat lagi pahala.



Akhir kata, Selamat  Beramal !

Friday, June 29, 2012

Kau Yang Pertama Bagi Ku


Assalamualaikum,

Salam Sejahtera, Salam Bahagia, Salam Kemesraan, Salam Kerinduan, Salam 1Malaysia.  *cukup2 la salam tu*

Apa khabar korang? Sihat tak? Tak sihat pandai2 la makan ubat ye, jangan jadi macam Waa dah la.. takut makan ubat.. hahahah, *alamak pecah rahsia !*

Ok,ok,ok.. Waa bukan nak cerita pasal ubat ke, jual ubat ke, apa ke.. Tapiii.. 'Kau Yang Pertama Bagi Ku'.
Hahh? Binatang apa tuh? Jiwang semacam je..ahahaha, jangan panik ye.. Waa nak cerita pasal kerjaya pertama Waa la..

Seminggu lepas Waa ada la pergi beberapa temuduga ni, semuanya dekat2 dengan rumah Waa.. Alhamdulillah, semua temuduga berjalan dengan lancar.. Soalan2 penemuduga tu pon ok la, xde la buat Waa fikir 2 jam untuk jawab.. *hahahaa,melampau*.. Alhamdulillah jugak, sebab waktu Waa belajar di politeknik dulu, banyak belajar teknik2 untuk temuduga ni.. Jadi kawan2 Waa sekalian, kalau ada apa2 seminar @ taklimat pasal temuduga ni, pergi la ye.. Ok2, Waa tau.. mungkin bunyi macam bosan kan? Ye la, duduk dalam dewan taklimat tu berjam-jam.. Sampai punggung boleh jadi petak *tiada unsur lucah ye, hahaha..*
Nak2 pulak yang bagi taklimat tu macam nyanyikan lagu untuk kita tidur..BOSAN. Tapi percayalah *PERCAYALAH adalah tajuk lagu Siti Nurhaliza, entry ini tiada kaitan dengan beliau :)* taklimat tu amat berguna untuk korang nanti..

Membebel punya membebel, nak dijadikan cerita, Waa dapat 3 tawaran kerja.. Pening jugak nak pilih yang mana satu idaman kalbu..hahahah.. Dah fikir2, Waa terima tawaran yang paling dekat dengan rumah Waa.. Bukan apa, kalau dah dekat dengan rumah, jimat la kos sikit kan? tak gitu?*ala2 chef wan cakap* Pergi kerja pon jalan kaki je..Lebih kurang 10 minit.. Cuma kos untuk beli kasut je la naik sikit.. Mane taknye, dah ulang-alik jalan kaki.. Haus la tapak kasut tu..*boleh jadi alasan nak beli kasut byk2 hihihi*

Sekarang ni dah seminggu Waa kerja.. Mula-mula agak kekok jugak la.. Insyaallah, semakin hari semakin sayang *eh sesuai ke? suka hati kau la Waa..

Jadi Selamat bekerja untuk yang dah kerja,  Selamat belajar untuk yang sedang belajar, Selamat Hari raya untuk yang dah Raya * hahahah, sudah merepek.










Monday, May 28, 2012

Woii Gila !

Woi Gila ! *apa woiiwoii?


aku pernah gila, rindukan kau.
aku pernah gila, bencikan kau.
aku pernah gila, sayangkan kau.
aku pernah gila, menyampah kat kau.

aku pernah gila, mimpikan kau.
aku pernah gila, tak tidur ingatkan kau.
aku pernah gila, ponteng kelas lepak dengan kau.
aku pernah gila, sedih gaduh dengan kau.
aku pernah gila, ketawa tak ingat dunia dengan lawak kau.
aku pernah gila, malu kau memang suka perli (makan dalam oooo)
aku pernah gila, tak berhubung dengan kau.

Segila manapun aku, tetap cintakan kau. 

Monday, February 27, 2012

Dah siap ? Kahwin muda ?


Assalamualaikum..

Mesti ramai dah perasan yang sekarang ni trend kahwin muda.. Muda macam mana tu? ye la.. muda tu mungkin dalam 19-24 tahun tak kira la perempuan atau lelaki.. Waa ni kira muda la kan? hahahaha. OK, kembali kepada topik kahwin muda :) *amboiii suka.

Dulunya mungkin sesetengah masyarakat menganggap berkahwin pada usia muda. Tapi sekarang tak lagi. Malah Islam sendiri menggalakkan.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii !

Korang ingat senang ke nak kahwin ni? Pertamanya kena la minta izin dan restu mak ayah dulu. Jangan la ikut suka je..kan? hihihihihi. Lepas tu pulak, mungkin mak ayah tak berapa setuju untuk benarkan kita kahwin awal.. Ye la..mana taknya, baju mak basuhkan, makan mak sediakan. Pastu kalau dah kahwin , takkan la mak pulak yang buatkan lagi..ish.ish.ish.


oklah, ni ada beberapa cara untuk meyakinkan mak ayah yang kita sememangnya dah bersedia untuk kahwin awal.. ceewahh !

  • korang perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat korang kepada mak ayah korang dan mak ayah pasangan korang.
  • Pamerkan sifat korang yang matang terutama ketika berbicara.
  • menjaga amal ibadah korang. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran .
  • PENTING! Matlamat korang ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri lagi dengan Allah SWT.
  • Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika korang masih belajar, korang boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun korang boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran korang !
  • kalau korang berdua masih belajar, pastikan letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa korang .
  • bagitahu secara spesifik kepada mak ayah korang dari mana sumber kewangan untuk menampung kos sara-hidup lepas korang kahwin nanti
  • Bawa pasangan korang ke rumah untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
  • Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan mak ayah korang untuk menyatakan perancangan korang untuk berkahwin. Jangan sesekali korang nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.

Dah sedia? kalau nak kahwin nanti jangan lupa jemput Waa :)

Tuesday, January 3, 2012

Saat Magikal saya bersama LipIce





Assalamualaikum & Hello.

Kali ini Waa nak berkongsi ''Saat Magikal saya bersama LipIce".
Begini,
Dulu bibir Waa selalu kering dan merekah. Kadang-kadang sampai berdarah pun ada. Tambahan pula, Waa pakai pendakap gigi yang sememangnya terasa
pedih. Terutamanya ketika cuaca panas terik. Biasa la tu kan, sebab kita kat Malaysia beriklim panas lembap.



Mujurlah,
Waa dicadangkan untuk menggunakan Lipice oleh teman-teman. Mula-mula Waa agak sanggi untuk menggunakannya, tetapi kerana keadaan bibir yang merekah membuatkan Waa tertarik untuk mencuba
Lipice.

Lipice Lip Pot adalah untuk kegunaan malam yang berfungsi menambahkan kelembapan bibir pada waktu malam. Bila bangun dari tidur, bibir akan kelihatan segar dan bertambah lembut. Best kan?



Pelembab bibir lipice didatangkan dalam "Fruity", "Sheer Colour"," Colour Lipbalm" dan "Colour Gloss Fruity".

Dan,
sememangnya Lipice berkesan bagi menghalang bibir merekah akibat kekeringan dan menjadikan bibir menawan serta menjadikan bibir sesegar merah jambu.

Sekarang, inilah Saat Magikal Waa bersama LipIce !
Bibir Waa dah tak merekah akibat kekeringan, malah sihat dan terlindung dari sinar UV. Waa lebih yakin untuk berbicara tanpa perlu bimbang dengan masalah ni lagi dan Waa mencadangkan anda untuk mencuba.