Cute Pencil -->

[ ilusi ]

Ilusi, mimpi & realiti

Monday, February 27, 2012

Dah siap ? Kahwin muda ?


Assalamualaikum..

Mesti ramai dah perasan yang sekarang ni trend kahwin muda.. Muda macam mana tu? ye la.. muda tu mungkin dalam 19-24 tahun tak kira la perempuan atau lelaki.. Waa ni kira muda la kan? hahahaha. OK, kembali kepada topik kahwin muda :) *amboiii suka.

Dulunya mungkin sesetengah masyarakat menganggap berkahwin pada usia muda. Tapi sekarang tak lagi. Malah Islam sendiri menggalakkan.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii !

Korang ingat senang ke nak kahwin ni? Pertamanya kena la minta izin dan restu mak ayah dulu. Jangan la ikut suka je..kan? hihihihihi. Lepas tu pulak, mungkin mak ayah tak berapa setuju untuk benarkan kita kahwin awal.. Ye la..mana taknya, baju mak basuhkan, makan mak sediakan. Pastu kalau dah kahwin , takkan la mak pulak yang buatkan lagi..ish.ish.ish.


oklah, ni ada beberapa cara untuk meyakinkan mak ayah yang kita sememangnya dah bersedia untuk kahwin awal.. ceewahh !

  • korang perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat korang kepada mak ayah korang dan mak ayah pasangan korang.
  • Pamerkan sifat korang yang matang terutama ketika berbicara.
  • menjaga amal ibadah korang. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran .
  • PENTING! Matlamat korang ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri lagi dengan Allah SWT.
  • Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika korang masih belajar, korang boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun korang boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran korang !
  • kalau korang berdua masih belajar, pastikan letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa korang .
  • bagitahu secara spesifik kepada mak ayah korang dari mana sumber kewangan untuk menampung kos sara-hidup lepas korang kahwin nanti
  • Bawa pasangan korang ke rumah untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
  • Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan mak ayah korang untuk menyatakan perancangan korang untuk berkahwin. Jangan sesekali korang nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.

Dah sedia? kalau nak kahwin nanti jangan lupa jemput Waa :)