Cute Pencil -->

[ ilusi ]

Ilusi, mimpi & realiti

Friday, September 6, 2013

Nak jadi. Terjadi. Benda dah jadi

PERHHH. Menyirapppp.

Ok.

Assalamualaikum.

Dari pagi tadi aku karang ayat bombastik punya. Edit gambar dengan rakusnya. Susun ayat macam cikgu BM dah.

Tiba tiba internet prob. Aku pon wat lek wat piss teruskan je mengarang ayat.

Laptop pulak macam nak hang.

Ok wahidah. Xpe. Kau layan dulu Tanyalah Ustazah tv9. Dapat jugak pahala.

Beberapa ketika mereng laptop aku pon dah beransur pulih. Aku pon dengan senang hati bersuka ria bergembira dihari raya refresh page.

Zapppppppp. Kemain sound effect kau jahhh.

Semua ayat yang aku buat tadi lenyap dari pandangan. What the hekk.

" An error occurred while trying to save or publish your post. Please try again. Ignore warning "

Memang aku ignore la jawabnya. Padan muka aku.

Ok lah. Senang citer aku buat entry dalam entry. Pelik. Lantak. Ada aku kisah.

Post title asalnya = DAH DAPAT TOPI PETAK.

So aku malas, mood dah hilang. Malas nak merepek kerepek ubi. Layan jelah gambar ohhsem Konvokesyen aku. OK. Boleh lempang pipi sekarang.


















Graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

 Tak ada mood lagi kbai.


Wednesday, September 4, 2013

Malas TAPI Bermakna

Assalamualaikummm. yooo. Ehhh. Dah kenapa kau. Lama tak update. Cenggini la perangai dia.

Ok. Aku MALAS. Tapi jari aku ni gatal nak update entry jugak. Kalau tak, mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Bla bla bla mak nenek.

Sekarang lagu ni kira IN jugak la. Layan je lah dari blogger pemalas ni.



Aku Yang Dulu – Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua


  Lagu ni boleh jadi motivasi kan. Tiada yang mustahil dalam dunia ni jika diiringi dengan usaha. And one more thing, Rezeki Allah itu luas. Sesiapa yang berusaha dan rajin, beruntunglah dia.

Sekian, 
Dr Norwahidah.
Pakar motivasi Zzzzzzzzzz.

Wednesday, June 26, 2013

Ohh DIY !

Assalamualaikum. Ehem.Ehem. Tak perasan header baru titew ke? hahahaha. Lempang kang.

Dalam bulan ni aku terlebih excited pulak pasal DIY-DIY bagai ni. Mak aku la ni. Mula-mula kitaorang cat rumah. Yes kitaorang. Yang bersamaan aku, mak dan adik-adik aku. Dan kitaorang semua perempuan. Yes perempuan yang catkan rumah. Yes cat rumah. YES ada jugak yang kena baling dalam lombong disebabkan YES ! upsss. OK. NO more YES.

Dah habis cat rumah, so ada la saki baki cat yang tak guna tu. Aku pun mula tunjukan bakat aku yang ohsem ni buat corak kat dinding bilik air. Dinding bilik air pon, bilik air lah. Sebab nanti lari tak cukup tanah kena kejar dengan mak kalau aku buat corak kat dinding ruang tamu.

TAPI... aku tak nak tunjuk DIY tu. Sogan la eden. hehehe. Nak tunjuk DIY yang korang sendiri boleh cuba. Lagi-lagi yang sukakan pokok-pokok macam cik wahidah yang cute ni. Ehh. ok sila batuk 3 hari.

Cuba jangan tak cuba :)



















Haa. Simple je pon kan. Ok selamat mencuba ;)

Thursday, June 6, 2013

Mutiara Iman

Alhamdulillah, aku masih berpeluang menghirup udara di pagi Jumaat yang penuh barakah.

                    Omeygot. Baru aku sedar tahun 2013 ni aku tak ada postkan apa-apa entri lagi dekat blog aku ni. APA?? Ni dah nak masuk setengah tahun. Huaaaaaaaaw. Ok, dah kenapa kau ni. Ni la orang yang pemalas. hehehe.

Ok,Ok. Biarkan kemalasan itu berlalu pergi bersama angin pagi yang menyapa pipiku. Kemain kau.

Penghulu segala hari. Jumaat . Aku sajikan santapan rohani untuk kebaikan manusia sejagat. Ok ustazah.


* Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

* Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al-Ghazali)

* Bersangka Baik Itu Bukan semata-mata untuk menjaga hubungan Atau hati orang lain Tetapi lebih penting dari itu Adalah untuk Menjaga HATI KITA SENDIRI.

* Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan.


           Sekian dulu segmen dari ustazah. Assalamualaikum =)

  

Monday, September 17, 2012

Ada meoww dekat sini

Assalamualaikum..

Untuk tidak membenarkan blog Waa ni bersawang sesawang laman web sesawang tu, ehhh betul ke ayat aku ni? Lantak lah, malas nak picit button backspace, Waa gagahkan jgk membuat entry baru ni. Terutamanya penggemar, pengila, pencinta dan sewaktu dengannya tentang kucing. Sebab Waa memang suka, cinta & sayang gila babeng kat makhluk ni. Tengok je la aksi2 comel ni. Sumber : copy & paste dari En. Google. Heeeeee :)












Sekian sahaja tahap kecomelan yang dapat dikongsi. 


JANGAN SESEKALI NAK MENDERA BINATANG. KALAU NAK DERA, FIKIR KALAU KITA JADI BINATANG TU, LEPAS TU KITA PULAK KENA DERA. AMACAM?
PEACE !

Friday, August 3, 2012

Sedap jugak ni

Assalamualaikum semuaaaa, entri kali ni Waa nak mengambil kesempatan untuk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada umat Islam yang sudi membaca blog Waa yang cantik kiut miut comelote dan ungkapan-ungkapan yang sewaktu dengannya, heeeeeeee tipu je, tak cantik pun blog Waa ni kalau nak dibandingkan dengan korang semua.. Yang ni tak tipu okeyy =)

Tujuan Waa menulis entri kali ini adalah untuk mempamerkan juadah-juadah yang biasa didapati di bazar-bazar ramadan di Malaysia. Ceeeeewah, macam format karangan BM lah pulak, tak kisah la apa pun hadoi nyee.

Ok, juadah-juadah ni memang selalu sangat kita nampak di bazar ramadan kat Malaysia, kat luar Malaysia tak tau la ada ke tak, hehehehe..












MAAF, SILA KAWAL NAFSU MAKAN ADA JIKA ANDA BERPUASA, JIKA TIDAK ABAIKAN AMARAN INI.



Bazar, bazar jugak, yang penting JANGAN MEMBAZIR ye kawan-kawan. Jangan jadikan bazar ramadhan tu sebagai BAZIR ramadhan. Berpada-padalah ketika berbelanja tu. 

Yang semoleknya, berbuka la dengan kurma dan air kosong dulu, dapat lagi pahala.



Akhir kata, Selamat  Beramal !

Friday, June 29, 2012

Kau Yang Pertama Bagi Ku


Assalamualaikum,

Salam Sejahtera, Salam Bahagia, Salam Kemesraan, Salam Kerinduan, Salam 1Malaysia.  *cukup2 la salam tu*

Apa khabar korang? Sihat tak? Tak sihat pandai2 la makan ubat ye, jangan jadi macam Waa dah la.. takut makan ubat.. hahahah, *alamak pecah rahsia !*

Ok,ok,ok.. Waa bukan nak cerita pasal ubat ke, jual ubat ke, apa ke.. Tapiii.. 'Kau Yang Pertama Bagi Ku'.
Hahh? Binatang apa tuh? Jiwang semacam je..ahahaha, jangan panik ye.. Waa nak cerita pasal kerjaya pertama Waa la..

Seminggu lepas Waa ada la pergi beberapa temuduga ni, semuanya dekat2 dengan rumah Waa.. Alhamdulillah, semua temuduga berjalan dengan lancar.. Soalan2 penemuduga tu pon ok la, xde la buat Waa fikir 2 jam untuk jawab.. *hahahaa,melampau*.. Alhamdulillah jugak, sebab waktu Waa belajar di politeknik dulu, banyak belajar teknik2 untuk temuduga ni.. Jadi kawan2 Waa sekalian, kalau ada apa2 seminar @ taklimat pasal temuduga ni, pergi la ye.. Ok2, Waa tau.. mungkin bunyi macam bosan kan? Ye la, duduk dalam dewan taklimat tu berjam-jam.. Sampai punggung boleh jadi petak *tiada unsur lucah ye, hahaha..*
Nak2 pulak yang bagi taklimat tu macam nyanyikan lagu untuk kita tidur..BOSAN. Tapi percayalah *PERCAYALAH adalah tajuk lagu Siti Nurhaliza, entry ini tiada kaitan dengan beliau :)* taklimat tu amat berguna untuk korang nanti..

Membebel punya membebel, nak dijadikan cerita, Waa dapat 3 tawaran kerja.. Pening jugak nak pilih yang mana satu idaman kalbu..hahahah.. Dah fikir2, Waa terima tawaran yang paling dekat dengan rumah Waa.. Bukan apa, kalau dah dekat dengan rumah, jimat la kos sikit kan? tak gitu?*ala2 chef wan cakap* Pergi kerja pon jalan kaki je..Lebih kurang 10 minit.. Cuma kos untuk beli kasut je la naik sikit.. Mane taknye, dah ulang-alik jalan kaki.. Haus la tapak kasut tu..*boleh jadi alasan nak beli kasut byk2 hihihi*

Sekarang ni dah seminggu Waa kerja.. Mula-mula agak kekok jugak la.. Insyaallah, semakin hari semakin sayang *eh sesuai ke? suka hati kau la Waa..

Jadi Selamat bekerja untuk yang dah kerja,  Selamat belajar untuk yang sedang belajar, Selamat Hari raya untuk yang dah Raya * hahahah, sudah merepek.